Quote today : sebenarnya seorang pemandu itu memandu dengan memandang kehadapan. Nescaya, setiap individu itu memandu dirinya sendiri. Sekiranya pemandu itu kemalangan, pada hari berikutnya pemandu itu akan terus memandu. Begitulah, kita tiddak boleh mengenali istilah putus asa.
Pagi-pagi lagi saya sudah membuat janjitemu bersama Instutut Memandu Bunga Raya. Cawangan Pasir Gudang sudah menghubungi saya menetapkan waktu belajar pada jam 4 petang. Saya dengan upaya membasuh pakaian dan memasak untuk keluarga.
Selesai memasak, saya mengangkat baju yang telah kering. Mama sudah pulang daripada menghantar Aili. Papa, Abang, dan Achik juga begitu, mereka pulang dan bersantap dengan menu yang telah terhidang. Saya pula terus membasuh pinggan di dapur. Tatkala saya sedang melipat baju, kelihatan van Bunga Raya meluncur dihadapan rumah.
Pemandunya, Abang Hazmin sudah bersedia untuk fetch saya ke tempat latihan. Saya terkesima. Mengapa? Bukankah latihan saya jam 4 petang nanti?
Abang Hazmin : Memang latihan pukul 4. Tapi nak ambil pukul 3 tak boleh, ada budak balik nanti abang nak hantar. Jadi abang ambil pukul 2 je.
Balqis : Huh, kenapa tak cakap! Saya belum siap lagi ni. (Malu seh, muka comot lagi tak sempat nak touch up! Dah dia nampak warna tan kulit saya)
.
Abang Hazmin : Hang pi siap laa.
Setibanya di institut memandu, saya menjadi serba tidak kena. Apa tidaknya, saya memberi kad pengenalan ke kaunter dan saya tertinggal dompet saya di kaunter. Nama saya dipanggil. Menjerit saya mendapat dompet saya semula. (Ades, kelam kabut! Kalut!)
Tepat jam 4 petang, tenaga pengajar datang mengajar saya. Dalam hati saya, berdebar-debar. Maklumlah kali pertama mahu memandu. Sebelum ni, menunggang motosikal sudah boleh. Kenderaan beroda empat ni saya agak gerun. Seorang lelaki Cina tua mengajar saya untuk memandu.![]()
Sebelum saya memandu sendiri, saya menulis beberapa informasi penting yang perlu diaplikasikan dalam pemanduan
. Ada sesuatu yang unik pada hari ini, saya rasa saya tidak berjanji dengan pelajar-pelajar lain untuk mengenakan baju berwarna ungu ketika latihan. Yang pasti, ada tiga orang yang berlatih pada jam 4 memakai baju berwarna ungu. Mood saya sedikit baik ( maklumlah melihat warna kesukaan saya).
Saya sekali lagi berdepan dengan situasi yang menguji kesabaran. Pengajar saya mengatakan: kalau awak salah atas bukit, belanja KFC. Kalau awak salah masa 'S' parking, belanja Pizza. Kalau awak salah three pointer, belanja saya McD.
Huh, ada pula begitu!
Hehe, sebenarnya saya memang ada tersalah. Saya tahu nadanya bergurau, dia tidak mahu saya melakukan kesalahan semasa Test JPJ.
Saya terlupa tekan clutch, dan saya terus masuk gear. (Saya diam)
.
Alamak, kena marah! Hah, tak mungkin! Hari ini dalam sejarah(HIDS), aqish kena marah! Sedihnya hati saya, rasa macam nak balik je tapi masih tersisa 1 1/2 jam lagi
. Huh, saya terpaksa bertahan.
Masa berehat, tidak lama. Saya hanya mengambil masa untuk meminum air mineral kemudian kembali ke kereta
. Berulang kali saya melakukan tiga protokol hari ini. Takut-takut itu ada, tapi masih terkawal. Hehe, tapi pengajar saya memang tak tahan dengan saya. Katanya, you bawa laju sangat kenapa? Mahu lumbakah?
Penat
. Jam 7 malam baru saya selesai latihan. Sendi tangan dan kaki sengal. Maklumlah tadi saya tidak warm up dulu. Terus-terus nak memecut. Sampai rumah saja sudah hampir jam 8. Saya segarkan diri dan terus berehat. Terlalu penat. Otak saya tidak dapat menghamdam sesuatu perkara baru secara mentah-mentah.
Interprestasinya, saya sendiri masih lagi tidak percaya saya sudah berjaya memandu. Saya sendiri perlu melatih tangan dan kaki supaya lebih lembut, dan sopan dengan kereta. :)
Tuesday, February 09, 2010
Pemandu baru.
Posted by Balqis Shafiqa at 9:52 PM 0 comments Links to this post
Labels: Rama-rama dalam perut
Monday, February 08, 2010
Trip ke Sabah, Negeri Bawah Bayu.
Quote today : Mencintai seseorang itu sebenarnya terlalu dalam, kerana jika diucapkan dengan kata serasa seperti tidak sempurna, jika dipendam juga tidak berasa sempurna. Namun jika kita ada disisinya, adakah kita rasa cukup sempurna.
Kepulangan papa, saya sambut bersama dengan keluarga. Kami semua melancong ke Sabah. Sarawak saya telah pergi pada tahun lepas. Kali in, saya mengambil ruang meskipun tiga hari sahaja untuk menikmati sendiri keindahan Pantai Tanjung Aru yang terletak berhampiran dengan Kota Kinabalu International Airport.
Posted by Balqis Shafiqa at 11:31 PM 0 comments Links to this post
Labels: Jalan-jalan makan angin
Sunday, January 31, 2010
Pancake dan Full House.
Quote today : cinta sebenarnya kombinasi empat elemen. Barangsiapa yang mampu menguasai setiap elemen masih belum pasti lagi individu itu mampu menambat sebuah cinta.
Sinar mentari terik bukan yang utama menyedarkan saya daripada tidur lena. Sebaliknya panggilan telefon daripada Institut Memandu Bunga Raya yang membangkitkan saya dari tidur. Saya membuat janji temu.
Kelihatan ketupat yang saya mask semalam sudah tersedia. Saya memasak kari ayam dan sambal goreng sebagai lawannya. Kemudian, saya menjadikan pankek sebagai sarapan pagi. Sejujurnya, saya sudah lama berhajat untuk membuat pankek, cuma tiada kesempatan. Selesai saya memasak pankek, adik-adik terus mengambil bahagian masing-masing dan mencolekkan dengan madu.
"Kak long masak pankek sedaplah," Acik memang mempunyai selera yang hampir sama dengan saya.
Sewaktu petang pula, saya menonton 'Full House' bersama Acik dan pankek sedia menjadi santapan. Tergelak-gelak kami menonton drama korea. Mama sudah tidak berkata apa, jika saya dan acik sudah bersantap bersama, tidak layan orang lain.
Sepupu saya di Segamat sudah memaklumkan tentang tarikh untuk hari langsung mereka. Begitu juga Kak Siqin, menyatakan hujung minggu ini majlis perkahwinan adiknya. Methodnya disini hanya satu, datang dan makan. Saya rasa sangat senang akan penurunan berat badan saya. Berita baik untuk saya mencapai BMI ideal.
Sebagai intiha, saya merasakan coklat daripada luar negara sangat menyelerakan. Meskipun begitu, harganya mahal. Berbanding dengan coklat buatan Malaysia, saya tidak rasa coklat pure. Simboliknya, keseronakan menjelajah negara orang memang indah namun senang lagi di negeri sendiri. Bak kata pepatah, hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri. =)

Posted by Balqis Shafiqa at 10:11 PM 3 comments Links to this post
Labels: Full house
Anjakan paradigma.
Quote today : jika kita tidak berubah hari ini, bila lagi kita ingin melakukan perubahan?
Saya sebenarnya sedang dilambung pelbagai persoalan. Pertanyaan yang bersarang dibenak sebenarnya bukan perkara baharu dalam hidup saya, namun saya sangat membutuhkan penyelesaiannya. Mungkin perihal ini tidaklah terlalu runsing buat individu lain. Bagi saya amat berbeza. Saya menjadikan perkara remeh sebagai prioriti dan menimbang hal besar sebagai subjek yang mudah diselesaikan.
Johor. Saya sudah terlalu lama menetap disini. Sehinggakan nombor pendaftaran kereta mama juga ditempah khas berdaftar "JHR ****". Memang benar, saya sangat mencintai daerah ini. Di sinilah tempat yang menjadi saksi saya membangunkan diri. Penghijrahan ke Kuala Lumpur, itu pilihan yang perlu saya putuskan.
Sebenarnya, saya rasa amat berat hati. Namun jika di sana menjanjikan yang terbaik untuk saya, apa salahnya. Mama saya, sedia menyokong di belakang. Mama Rabiah pun begitu. Saya sebenarnya tidak mahu kelewatan mendapat lesen memandu. Tidak tahan rasa gelodak hati saya ingin meluncur di jalan raya. Huh,saya perlu membuat keputusan sendiri untuk meletakkan diri saya di posisi terbaik! Saya pasti.
Pokoknya, saya mahu mendapatkan lesen memandu dahulu. Itu tunjang keutamaannya. Tidak sabar rasanya hendak memandu Honda City (idsi) mama yang sudah lama saya naik itu.
Secara jelas, saya perlu mengubah sendiri perspektif diri. Ironinya, dalam setiap perubahan itu sudah ketara memaparkan anjakan paradigma yang berlaku. Lakukan sedikit perubahan pada setiap hari. Meskipun sedikit, bermakna dalam pencapaian kendiri kita. :)

Posted by Balqis Shafiqa at 1:53 AM 0 comments Links to this post
Labels: Muhasabah cinta











